Majlis Liqa' Ahlil Quran sempena Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke-63

Program

MAJLIS LIQA' AHLIL QURAN Sempena Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali Ke-63 bagi Tahun 2023.

Persatuan Madrasah Tahfiz Al Quran Malaysia (PERMATA) bersama Majlis Tahfiz Asia Tenggara (MATA) telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Darul Quran dan Masjid Negara untuk bersama-sama membawa forum Ulama' Al Quran tersohor dunia dari Qatar, Mesir, Jordan, dan Maghribi, bersiaran langsung pada 23 Ogos 2023 di Facebook Darul Quran dan PERMATA MALAYSIA.